Sunday, May 21, 2006

Hati, Jiwa, Raga dan Minda

Oh hati. Kenapa kau kian meresahkan ragaku. Lalu terus mengelocak jiwaku yg rapuh. Agar mindaku tidak lagi lurus. Mungkin raga ini sudah mula malas megerjakan rukunNYA. Atau sebenarnya hati ini yg mengada-ngada. Ragaku ini tidak lagi mempunyai pilihan. Selain melompat bila disuruh dan tunduk pabila di marah. Kerana apa? Kerana ini adalah aku adanya. Minda ini sudah tak tahan lagi untuk ditekan. Kalau dulu bolehlah aku biarkan sahaja. Tapi kini hati ini sudah terikat dan aku sudah tak dapat meleraikan simpulannya. Mahu saja ku gunting saja tali yg membelengu ini tp itu bukan cara aku. Aku adalah manusia "biarlah", manusia "ok je", manusia "takpelah".
Oh minda, kenapa kau gagal mengawal sume ini, biarkan raga ini terus hanyut dibawa arus "kau kene buat macam tu". Perlukah aku merenanginya kembali dan menongkah arus? Mungkin tidak sebab nati lagi banyak hati yg akan terguris dan hancur kerana rempuhan aku. Hati aku juga akan hancur pabila merempuh. Aku takut dan aku memang penakut. Takut untuk menyatakan minda aku gagal, hati aku kini kosong, raga ini sudah tak dapat dikawal dan jiwa terus ditekan.
Aku benci pada diri aku. Aku benci pada dirimu, aku benci pada diri mereka semua aku benci pada dunia ini. Kenapa dunia ini sudah tiada kemanusiaannya? Sebab sudah tiada manusia yg hidup dalamnya, Cuma yg tinggal hanya "orang". Aku ingin kembali seperti dulu. Dimana aku hanya hidup untuk aku. Mereka disekeliling hanya menggunakan aku. Atas nama kebaikan dan kebahagian katanya. Kononnya untuk aku. Aku bukan lagi kanak2. Kenapa kenyataan itu pahit pada mereka. Biarkan aku sendiri. Kerana aku sudah tidak mampu lagi. Erti kehidupan ini akan terus gagal diselami, selagi hati ini tidak menyuci..............................

0 Comments:

Post a Comment

<< Home