Monday, March 27, 2006

Hidup aku tuk dijadikan kita

Aku rasa dah seminggu aku tak update blog aku. Hihi who care bout this stupid blog anyway. Ade ke org yg membaca hasil luahan seorang insan yg berlebihan berat badan yg asyik menyumpah tentang hidup dia?? Entahla. Aku pun tak pasti. Cume ari ni perasaan aku dari best bertukar menjadi hampeh dgn sekelip mata. Aku rasa hidup aku skarang ni cam dah takde ape. Mungkin masa aku akan tiba kot. Ari ni ketika makan malam ngan membe2 ntah camne terkeluar ayat dari mulut aku yakni "aku klau mati kat tempat jauh aku nak ditanam kat tempat tu gak. Tak payah nak bawak balik nak tanam kt kg". Ye laa mane taknya, mati ni kita bawak amal kita jek. Bukan kita bawak batu nisan yg cantik2, kubur yg ada pokok2 renek. Klau nak kirakan doa. Dari mana2 pun Allah akan terima kan. So secara tak langsung aku malam ni menulis wasiat aku. Mana laa tau kan. Tapi aku dah bersedia ke nak mati. Belum lagi kot. Klau dah ade kot tu maknanya confirm la belum lagi.
Kadang2 aku bosan ngan hidup ni. Dimana kebanyakan kita hidup berdasarkan cara bagaimana orang terdahulu hidup. Contohnya bila hari raya kene buat juadah2 hari raya. Makan sana makan sini. Kenapa kita perlu hidup sebigini. Aku kekadang rasa cam nak idup je sorang diri. Tak payah ikut sume tu. Aku rasa aku akan lebih bahagia sebegini. MUngkin aku dah merasa kecewa dengan kehidupan skarang ni. Dunia ni tamak, dunia ni haloba, dunia ni tak amanah, dunia ni nak cepat jek, nak yang cantik jek. Tapiu hati ni ade kt sume orang dan tiap hati ni adalah cantik asalnya. Allah jadikan hati ini dalam tubuh manusia. Tubuh manusia hanyalah sarungnya sahaja. Manusia patut kenali hati ini dulu baru memuji sarungnya. Tapi kini terbalik, sarungnya akan dinilai dulu. Kalau tak berkenan, tak payah la kenali hati ini. Salah sebenarnya tu. NI sbb org sebelum kita menilai camtu. BArat menilai camtu. Org Jepun menilai camtu. Dan oleh sbb tu sudah berjuta hati yg baik telah terbiar, tak dicintai, dimanipulasi dan yang paling utama dirobekkan.
Mmg au dah bosan ngan idup ni. Bilamana kita wat keputusan itu kerna terdesak. Bila dah takde pilihan lain, baru laa hati2 suci yg tak bersarung cantik ini akan diambil. Itu pun selepas bergelumang dgn lautan trauma. Dihina, dirobek dan dipijak. Namun kadang2 yang kelakarnya, org yang menghina hati ini akan tetap disanjung. Yg menghina akan terus diangkat menjadi pentahta hati ini walaupun si penghina tidak tau. Itulah hidup sbb orang terdahulu dan wat camni. So terpengaruh laaa.
Mungkin sesiapa yang membaca tertanya ape yang aku nak ceritakan ni. Hey ini luhan hati aku. Kalau korang sume tak paham. Belajarla tuk kenali dan pahami aku. Tapi aku tak pinta suma ni. Cukupla korang biarkan aku sendiri...Hasta luego..................aku dambakan selamat malammu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home