Thursday, January 19, 2006

Aku Melihat siri 3


Ermmm... Ari ni aku naik star. Ntah macam mane terasa lak nak beli paper. So aku beli laa NST. Muka depan terpampang besar2 "DISBAND SNOOP SQUAD". Berita ni adalah susulan dari pengumuman Pengarah JAWI Che Mat Che Ali yg mengatakan akan menubuhkan satu pasukan sukarela yg dianggotai 75 orang bagi mengawasi kegiatan maksiat di Putrajaya. Ermm kira ok laa tu sbb pasukan ini bertujuan untuk memberi nasihat dan kauseling bukan untuk membuat tangkapan. Mmg baguslaa kita mengingat-ngigati sesama islam.

Tp kini lain lak citer dia. Kabinet mengumumkan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (gambar) bahawa kabinet menolak segala aktiviti yg kumpulan ini yg dikatakan menggangu privacy org ramai. Hemm wat maksiat pun dah kira privacy skarang ni. Perkara di dibangkitkan oleh Menteri Penerangan Dato Kadir Sheikh Fadzir di kabinet. Aku tak laa kate aku ni bagus n baik sgt. Aku ade gak wat mende2 yg leh bigelar menjurus kpd maksiat tp aku takdela nak pertikaikan mende tu sume. Salah tetap salah. Takde privacy dalam hal ni. Kabinet menberi alasan pasukan ini akan menimbulkan lebih byk masalah kerana mereka tidak diberi latihan yg secukupnya. Halooo, beruang pun leh kita latih kasi naik basikal inikan pula manusia. Selain itu kabinrt juga menyatakan undang2 yg sedia sudah cukup n rakyat Malaysia sudah cukup matang n mempunyai kesedaran moral yg tinggi. Hemm yelaa tuh. Tak peka langsung la kabinet kita ni. Diorang tak tau ke dah ramai anak bangsa kita ni dah rosak akhlaknya. Tak cukup "pantauan" kot.
Kalau kita tgk laa bila ade je mende pasal Agama Islam ni mensi yg pertama diorang pandang adalah negatif. Sbg contoh hal nak wat pasukan sukarelawan ni. Ade yg kate takut disalah gunala, tersalah tangkap la, kurang latihan laa. Mende tu aku rase leh diatasi. Tak yah la aku citer camne. Aku rasa sape yg baca ni pun leh tau camne nak atasi mende ni. Kta kene pandang gak positif dia. Sekurang-kurangnya ade gak org nak kasi ingatan n nasihat selepas mak bapak dah gagal wat mende tu sume. Aku ingat lagi masa kerajaan putuskan nak bagi kondom n picagari percuma kt penagih dadah. Kerajaan minta kita pandang positifnya dulu, jgn pandang negatif. Aku leh paham ape niat kerajaan dan aku bersetuju gak ngan cara ni walaupun still ade kelemahan tp at least ade baiknya gak. Tp kali ni berbeza. Terus tolak mentah2. Klau pemberian kondom dan picagari yg beribu-ribu kpd penagih dadah yg entah berapa puluhan ribu kt negara kita ni kerajaan kata leh pantau tp kenapa pasukan sukarela di Putrajaya ni yg hanya 75 org diorang takleh nak pantau. Takkan sume nak serahkan pada polis gak. Diorang pun byk keje lain gak yg lagi berat dari nak bagi nasihat kt couple2 ni. Jadi ape fungsi Jabatan Agama negeri? Jaga adat istiadat jek? Kasi nikah org jek? Klau itu pemikiran Melayu baru skarang, kiranya kita cam dah kembali ke zaman JWW Birch, JP Rogers, JD Davidson dan Martin Lister. Tp kali ni name2 omputih tu dah jd name melayu. Takleh gak macam tu kan?
Ade gak baiknya JAWI wat mende ni dan kita patut rasa lega kerana masih ade org yg nak ingatkan kita bila kita dah tersimpang. Aku pun tergolong gak dlm golongan ni tp aku sedar salah tetap salah dan harus ditegur dan dihukum. Kira ok laa tu sbb hukum Allah lagi pedih. Aku harap Ulama2 , ilmuwan2 serta pakar motivasi Islam kita bersuaralaa dlm hal ni. Tak kirala hijau ke, biru ke, merah ke, hadari ke, tak hadari ke. Kene suarakan pendapat. Diorang ni arif dan pakar dalam hal ni, jgn pikir takut ken banned ke ape ke. Yg penting kita usaha. Pewaris nabi adalam para ulama. Bukannnya Doktor yg berhidung besar, bukannya ayam tambatan yg lebam matanya dan bukan pesalah khalwat yg cakapnya berapi. Kadang2 aku tgk teruk dan keadaan agama dan bangsa kita kat Malaysia ni, ngan murtadnya, ngan masalah sosialnya, gay laa, dadah laaa. Macam2 laa. Aku takut bila kesalahan2 yg dulu kita anggap khalwat ni dah dianggap privacy, tak mustahil lama kelamaan mende ni dah jadi kebiasaan cam gejala2 lain seperti bukak aurat, isap rokok dan ganja, judi dan lain2. Mungkin nanti zaman anak2 kita umor same kita kehidupan kita sama kt keadaan di Barat. Kt barat pun skarang sedang melalui zaman transaksi homeseksualnya dimana masyarakat mereka sudah mula dipaksa menerima golongan homoseksual. Lama kelamaan jgn terkejut bila golongan ini mula ditonjolkan scr explicit di barat. Ini terbukti dgn pengiktirafan yg diberikan kepada filem2 spt Brokeback Mountain, Transamerica dan Copote dalam Golded Globe baru2 ni. Mybe ketika anak2 kita seumor ngan kita, agenda homoseksual ni baru nak berkembang seperti di US dan Eropah skarang ni. Mane laa tau.
So akhir kata, kita kene beringant dimana kita berpijak skarang ni. Di lantai yg rapuh atau dibumi yg kukuh. Jgn la kita jadi seperti sikaduk. Ayamnya menang tp tanahnya tergadai...sekian

0 Comments:

Post a Comment

<< Home