Tuesday, December 20, 2005

Aku Melihat pt 1

Setiap hari idup aku dah menjadi rutin, pegi keje, balik keje then jumpe Su (part ni yg best), ballik umah then tido. Kadang2 aku amik mende ni sambil lewa smpi lupa nak amik iktibar dari pe yg aku lihat hari2 ni.
Kali ni aku nak citer pasal LRT. Putra LRT khasnya. Slalu gak aku naik kereta lipan ni. Naik kt Asia Jaya turun kt masjid jamek. Pegi balik kene la dlm rm4. Kt sini aku dpt lihat macam2 perangai. Ada yg menentuh perasaan dan tak kurang pula yg memualkan. Kt sini kita dpt lihat tekanan pd wajah kebanyakan rakyat negara kita. Sense of urgency yg tinggi. Sume nak cepat. Kalau bole nak tunggu betul2 depan pintu LRT.
Tp ini berbeza lak ketika kt escalator. Dah ada papan tanda yg bagitau bg laluan belah kanan untuk org lalu. Masih lagi ade yg berdiri belah kanan. Kadang2 klau yg bercinta tu siap berpeluk2 dan usik mengusik. Yg bestnye lagi kadang2 dah nampak LRT dah sampai, still nak blok jalan belah kanan tu. Taulah dia tanak cepat tp ape hak dia tuk bazirkan masa org lain semata2 nak lihat diorang bercenkerama kan?? Kadang2 tak paham la. Ni belum lagi citer masa beratur tunggu train tup-tup ade yg menyelit terus ke depan. Aku penah kena dah la potong que then siap ajak membe 2 3 org tuk join.
Tp kadang2 ade gak mende yg aku tersentuh dalam LRT. Aku masih ingat lg dulu aku penah jumpe pemuda cacat penglihatan bernama Nabil yg berjalan tanpa tongkat. Baru balik keje katanya. Bekerja di Wangsa Maju n dlm perjalanan pulan ke Telok Gadong Klang. Pulang seorang diri. Kadang2 jatuh tersadung. takde sape yg membantu. Aku betul2 tersentuh melihat kecekalan dia.
TP yg ni paling terbaru. Baru tadi. Dalam kesesakan dalam LRT. Ditambah lagi hinggarnya dgn dialog tiga sekawan yg berbahasa Uzbek (aku rasal la). Kuat betul diorang ni bersembang. Satu LRT leh dengar. Aku terlihat sepasang couple Cina. Yg perempuannya berbadan agak gempal n tinggi. Dagunya besar n hidungnya tidak mancung. Lelakinya lak, mata buta sebelah, kurus keding dan pendek. Rambut sikat tepi. Org kata kurang betul markah kacak n jelita mereka bedua. Tp pada masa yg sama aku dpt lihat keadaan yg begitu cantik n indah sekali. Mereka tak berkata2 apa antara satu sama lain. Hanya berpegang tangan dan tak henti2 tersenyum. Mungkin 1st date tp tak tau laa kan. Cantik betul scene tu. Betul2 wat aku tersentuh. Biarla mereka tiada rupa scr individu tp bila mereka bersama macam td tu...cantik sekali. Harap mereka kekal sebegitu sepanjang hayat mereka.
So aku akan terus memerhati dunia ini. Selagi mata ini ternyah kekaburan ini. Kerana persekitaran kita ini adalah buku n sekolah. Kita adalah murid dan fikiran n hati adalah guru......

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

gun, kalo nak quote yg best2, pegi kat quoteworld.com or quoteland.com byk kata2 hikmat api surga meragut lalang kat situ. yg melayu aku tgh search lg.
sil-riverian (sungai Perak-adjektif)

5:08 PM  

Post a Comment

<< Home