Thursday, December 15, 2005

WAAAARGHHHHHH!!! Weekend yg busuk

Arggghhhhh. Aku lalui weekend yg panjang. Kecewa ngan road trip yg tak jadi. Aku byk luangkan masa bersama Aju, Ajib n Kerol. Bermula dgn kenduri classmate Kerol kt Klang pd ari Sabtu. Dimana Aju tlah bertemu satu "sosok" yg digelar Mama. Ramah betul Aju ari tu. Tp diri tetap direndahkan. Tp bro kadang2 diri tu kene "up" gak. Then waktu2 seterusnya dihabiskan dgn makan mlm kt kedai Abe (pedas betul mi dia). Malam tu aku tido kt "RHB Taman Ehsan".

Pg esoknye aku spt biasa melayang Kerol dgn smgt Pro Gamers dia smpi tgh hari. Then cadang cam nak makan tgh hari. Ajak Aju, Mula2 nak makan kt Segambut jek tp last2 smpai Kg Baru. Lepas makan Aju cadang melawat Kabe n wife. Kabe baru balik picnic ngan membe PHD dia. Tp layanan tetap ok. Air sirap n keropok udang. Ditambah dgn permainan congkak sbg hiburan. Dh boring main congkak. Kitaorang terjerumus pula ke aktiviti Kara-ok. KAbe menunjukkan belangnya (mungkin setelah lama bergari) dgn menyanyi sambil melompat dari sofa. Tak ubah spt lagak seorang vokalis kumpulan glam rock 80an.

Habir mengasah bakat masing2 kotaornag pulang kerumah Aju n aku tertidur smpi kul 10 pm. Lepas makan skali lagi di kedai Abe, kami pulang kerumah masing2. Aku rasa masa tu saat paling busuk aku. Maklum laa baju dua ari tak tukar. Berakhirlah satu weekend yg busuk.

Keesokan arinya (Isnin) Aku telah wangi semula n nak kuar ngan Cik Su Sayang. Nak pegi tgk citer ROCK . So lepas tgk citer ni, boleh laa aku katakan citer ni bervisi tapi tak teliti. Idea citer ni mmg superb, tp ketelitian dia amat mengecewakan sket. Citer nampak kelam kabut, suara kabur n yg paling aku kecewa ialah byk sgt scene miming. Patut Mamat Khalid buat rakaman baru tuk soundtrak citer ni. Baru nampak real. Ni pakai lagu original. Janggal sgt dengarnya. Bayangkan suara Sofi Jikan masa Battle of the Band same cam suare Amy Search then bila masa scene kawin leh lak suare cam suara Nash. Mende2 ni pun kene teliti gak. Tp citer ni dapat merakamkan gak scene2 rock 80an cam, rebus tali gitar n telan telur mentah. Harus juga dipuji. Ending dia juga aku suka. Tak macam kebanyakkan filem melayu kini yg seolah2 cam nak cepat abih jek...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home