Wednesday, November 30, 2005

Dah Terjaga Takleh Tido Lak


Ermm tadi sedap2 tido then terjaga lak. Takleh tido. Maybe teringatkan seseorang hihihi. Aku cuba try2 main game F.E.A.R yg aku baru beli ari tu ngan Fizi ( alo bro..vios lu mmg best laaa) . Alamak seram laa plak. Dah laa aku dok sorang2. Abish satu mision save n tutup. Then aku masuk blog laa. Nak tgk gambar "si dia". Mybe dia tgh tido maklumlaa baru balik dr kg. Kesian dia. Aku pun tak sangka aku dah sampi tahap ni dlm relationship aku. Tp rasa best gak "feeling". Harap ia berkekalan sampi aku bercucu cicit ngan "si dia". By the way utk pengetahuan kawan2. Nama tunang aku ni Suhaida Bte Omar. Panggil su jek tp jgn terkonfuse dgn Puan Su . Nanti marah lak Joi. Neway Puan Su thanks 4 the compliment.

Heh tak ngantuk dah aku ni. Camno yek. tertanya gak aku Malaysia menang bape emas ari ni kt Manila. Smalam dah start hampeh. Tp aku rasa smalam M'sia Leh menang byk lg emas. Tp nak wat camnekan!! Acara terjun tu subjektif so mmg dah jd tradisi Sukan Sea yg tuan rumah akan bolot. Kadang2 aku tgk Sukan Sea ni dah jadi cam temasya sukan syok sendiri. Dulu kat Hanoi kita dah dpt tgk sukan sepak bulu ayam dan beberapa lagi sukan yg ntah hape2 ntah. Kali ni kt Manila catur, sukan menari n lumba perahu tradisional lak dipertandingkan. Macam2 kan?? Sukan hoki padang tak dipertandingkan. Sukan yg konsisten berada dlm sukan olimpik tidak diadakan. Mungkin tuan rumah rasa cam diorang takleh nak menang n M'sia lak cam tak terkalah dalam sukan ni so digugurkan. Persoalannya mane element pembangunan sukan yg aku rasa lagi penting. Aku bukan hanya katakan Filipina, tp negara tuan rumah yg lain termasuk M'sia pun sebegini. Sume nak jadi tuan rumah sbb nak jadi tuan rumah keseluruhan. Itula jdnya bila dari kecil kita terlalu ditekankan bahawa yg menang itu hebat n yg kalah itu lemah. Tapi kita sudah hampir terlupa semangat juang dan setiakawan tu leh membuat semua org tu pemenang...........

0 Comments:

Post a Comment

<< Home