Tagline diatas bukan satu statement tp ia adalah tagline asal bagi karya terbaru sutradara berbakat Indonesia Ru
![](http://photos1.blogger.com/blogger/3467/1891/320/25-02-06_1714.jpg)
di Soedjarwo yakni 9 naga. Aku pegi tgk citer ni sabtu lepas dgn cik Su sayang. Komen aku. Best giler citer ni. Walaupun agak lembab tp ade satu feel yg timbul setelah menonton citer ni yakni kasih sayang. Pada keluarga, kawan dan kekasih. Walaupun citer ni berlatarbelakangkan kekerasan dan keganasan iaitu kisah pembunuh berbayar tapi ia masih boleh mendatangkan warm n fuzzy feeling kepada aku . Aku suka bila watak utama yakni Marwan (Lukman Sardi) menunjukkan kasih sayang dia kepada isteri dan anak diakhir cerita. Selain itu scene seperti di gerai tuak juga menarik minat aku. Kerana mungkin scene ni nak menunjukkan kadang2 nasihat2 yg bernas datang dari tempat yang kita tak dijangka dalam hal ni dari tokeh kedai tuak. Ditambah lagi dgn soundtrack yg sgt masyuk lebih2 lagi lagu seperti nyanyian Dewi Lestari, Shera dan Tika. Mmg best.
Tp citer ni still ade kelemahan, lebih2 lagi tuk watak Marwan yang digambarkan sbg seorang pembunuh berbyar yg tinggal dikawasan miskin serta telah mula membunuh sejak remaja tp mempunyai intelek yg tak berpadanan. Kata2 dia puitis giler. Tak berapa nak masuk scr logikal. Tp mane kita nak tau kan. Dah pengarah nampak camtu. Tp aku suka gak watak si Marwan ni.
Overall, scr teknikal citer ni mmg bagus. Mesej dia pun jelas dan membina Klau aku jadi Org Indon aku berbangga dgn filem ini walaupun tagline asal dia cam menghina. Ok aku akhiri ngan memetik kata2 seta pesan Marwan kepada anaknya, "mulakan sesuatu itu dengan benar"
0 Comments:
Post a Comment
<< Home