Friday, December 30, 2005

Aku Melihat pt 2

Lame dah agaknya aku tak update kejadian harian aku. So ari ni adalah sambungan dia. Pagi ni ujan sket. Cam best jek tp kene gi keje gak. Smalam dah mc. Aku rase cam nak naik star ari ni. Ari ni aku lambat sket so star dah packed sket. Dah laa org ramai, then train lak sket2 berhenti. mybe ujan kot so track licin. Driver baru dapat lesen kot. Mmg lembab pun. Tp yg best nyek ade satu mamat ni. Baru beli MP3 player kot. Pasang kuat giler. Smpi aku dgr sebijik2 lirik lagu yg dia dgr. Dia dengar lagu band Keane. Mesti dia rasa cool giler punye. Tp terhibur gak aku. Dpt gak dengar lagu. Train smpi Masjid Jamek jek ujan dah lebat. Pehh!!! tp takpe allhamdulillah. Rahmat tu.
Sampi opis dalam kul 8.40. Basah gak aku. Tp sikit jek setelah aku pecut ala Watson Nyambek dari station star ke opis. Faizal smpi 5 minit lepas tu. Sweater dia basah gile tp dia ade sweater spare. Yg best dia sweater ni lain macam sket. Nampak intelek sket. Tp lame2 aku pandang cam pemain polo diraja Pahang lak. Hihi jgn marah Faizal...
Ari ni aku stay smpi kul 8,30 pm. Nak jadi solid snake tak leh sbb bos pun balik kul 8.30. terpaksa hipokrasi sket. Balik laa gak kul 8.30. So kembali laa aku ke station star. Naik tren lagi. Org kurang malam ni. ok laa dpt gak aku duduk. Sampi stesen pudu ade tiga berana Cina naik. Emak, Kakak n adik. Si emak ni bwk byk brg, baru beli dari mydin. Aku rasa si emak ni ade bukak kindergarden kot sbb brg2 yg dia beli aku tgk spt bola, kertas warna, hula hop, alat tulis etc. Yg menarik hati aku bila tgk si adik ni, hyper gila. lari sane, lari sini. Kejap nak tolong akak dia angkt brg, kejap nak tolong emak dia. Terhibur aku, smpi tak sedar aku tersenyum sendiri. Emak dia sedar aku tersenyum tgk anak dia dan membalas senyuman aku. Dari wajah emak dia aku dpt rasakan dia bahagia. Begitu juga dgn anak2 dia tu.
Rupa2nya diorang ni turun kat Sri Petaling gak same ngan aku. Kesian aku tgk emak dia bwk brg byk giler. Then naik tangga manual lak tu. Termengah2 dia. Aku ofer nak tolong tp dia refuse. Aku still insist sbb kesian bbetul tgk dia tp dia still refuse. Mybe dia tanak amik risiko kot. Aku paham, aku kan stranger, takut jd pe pe lak nanti. Tp aku terpikir gak kenapa dia refuse?? Mungkin sbb kt dlm dunia ni dah makin kurang org yg ikhlas nak menolong....agaknye sekian

Wednesday, December 28, 2005

Aku Fikir....Kau Fikir

Aku bertutur bahasa melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana aku hanya berborak-borak kosong

Aku dengar lagu melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana lagu melayu itu tak lagi melayu

Aku tengok filem melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana aku tengok filem semata-mata hiburan

Aku baca akhbar melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana aku hanya baca bahagian sukan

Aku tengok bola liga tempatan
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana dalam padang tu tak semuanya melayu

Aku dalami sejarah melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana takde satu pun yang aku ambil teladan

Aku suka gadis melayu
Tetapi aku masih tak semelayu kau
Kerana semua bangsa itu sama disisiNYA

Aku enggan cakap bahasa Inggeris
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana aku telah perlekehkan ilmu

Aku pikir aku lagi bagus dari kau
Ternyata aku masih lagi belum melayu
Kerana melayu itu sifatnya merendah diri

Friday, December 23, 2005

Mutiara Bawah Bayu Pt 1

Semalam aku jumpe Awang. Lame dah tak jumpe "natang" ni. Last aku jumpe mase ade festival teater kt MATIC. Awang skarang bekerja sbg Tourist Guide. Ikut bos dia dtg KL katenye. Selain itu dia ni mmg dh terkenal dikalangan membe2 setelah muncul sbg extra dlm satu drama (darma kate awang..apelaaa). Tp kini Awang muncul kembali belakon sbg seorang pegawai polis dlm drama yg dibintangi oleh Baby Res2.

Ok laa mmg korang mungkin tertanya tanya ape signifikasi tajuk di atas dgn Awang. OK bila aku jalan balik opis ngan Awang n Apai, tiba2 keletah si Awang ni mengigatkan satu citer aku beberapa tahun lepas, ketika tahun itu adalah bulan. Mase tu aku mmg gila mutiara. Mane2 pegi mesti nak cari mutiara. So mase tu aku ade dua member Mamat n Al. Sbb diorang ni n ade lg seko membe yg tak berape aku nak kenal aku gila kt mutiara ni. So one day Al ni bgtau aku ada satu mamat ni nak jual mutiara. Mutiara Bawah Bayu namanyek. Dia ade kedai kt area Balai Polis Kajang. Mutiara Bawah Bayu ni mmg high class punye. Cantik n menawan. Mmg sejuk mata memandang. Bila bawa kemana2 pasti bangga. Senang kata segalanya mmg lawalah. So aku ngan si Al ni pun pegi laa tp tak pegi Kajang mase tu. Jumpe brother yg jual tu kt KL.

Brother tu namanya Azli. Aku panggil dia bang Azli jek. Jumpe kt depan BCB mase dulu tu. Dia Tungjuk kt aku mutiara tu. Fuhhh!!! mak aiii. Berhenti jantung aku bila tgk mutiara tu. Kalah dalam gambar. Mmg cantik. Aku nak beli terus tp teragak2 sbb Al kate lepak dulu. kene main rege dulu. So aku pun lepak. Tp tau je laa akukan. Bab2 camni cepat kalut. Mula laa aku wat tindakkan bodoh. Leh aku provoke si abg Azli ni. Dia tak puas ati kot. Aku dpt tau dr cara dia. So urusniaga tak berjalan ari tu. Mission fail.

Esoknye Al call aku. Dia bgtau Abg Azli tak suke cara aku bercakap ngan dia. Cam memain jek. Tak serius. Lgpun Abg Azli tak setuju nape aku ajak jumpe waktu dah magrib. Tak elok katenye. Waktu smayang kata dia. So aku take note laa. Mybe masih ade peluang utk aku nak deal pasal Mutiara Bawah Bayu tu ngan Abg Azli. So lepas Al sound aku tu aku terus call abg Azli. Buat appointment. Tak salah aku ari Sabtu aku ajak jumpe.Jumpe kt mamak depan BCB mase dulu tu. Dia kate boleh. Aku dah hepi giler mase tu. Lepas dh cnfm tu aku still bersembang ngan abg Azli. Nak gak korek2 rahsia pasal Mutiara Bawah Bayu ni. Aku dpt tau ramai org approach nak beli Mutiara ni. Ade yg dtg dari KL, dari Thailand pun ade. Org tua pun ade nak beli mutiara ni. Punya la ramai org nak beli. Maklumlaa ade satu jek. Lawa lak tu. So lepas tu hari2 aku call abg Azli. Macam2 kita sembang.

So ari sabtu pun tiba. Aku ajak Al ngan Mamat teman aku tp Al ade hal so Mamat je laa teman aku. Kira orait laa tuh. Aku pun dah ready dah ni. Tgh baik aku dok jalan on the way ngan Mamat skali aku tgk ramai gile org ngan Abg Azli. Aduh kacau laa ni......bersambung

Tuesday, December 20, 2005

Aku Melihat pt 1

Setiap hari idup aku dah menjadi rutin, pegi keje, balik keje then jumpe Su (part ni yg best), ballik umah then tido. Kadang2 aku amik mende ni sambil lewa smpi lupa nak amik iktibar dari pe yg aku lihat hari2 ni.
Kali ni aku nak citer pasal LRT. Putra LRT khasnya. Slalu gak aku naik kereta lipan ni. Naik kt Asia Jaya turun kt masjid jamek. Pegi balik kene la dlm rm4. Kt sini aku dpt lihat macam2 perangai. Ada yg menentuh perasaan dan tak kurang pula yg memualkan. Kt sini kita dpt lihat tekanan pd wajah kebanyakan rakyat negara kita. Sense of urgency yg tinggi. Sume nak cepat. Kalau bole nak tunggu betul2 depan pintu LRT.
Tp ini berbeza lak ketika kt escalator. Dah ada papan tanda yg bagitau bg laluan belah kanan untuk org lalu. Masih lagi ade yg berdiri belah kanan. Kadang2 klau yg bercinta tu siap berpeluk2 dan usik mengusik. Yg bestnye lagi kadang2 dah nampak LRT dah sampai, still nak blok jalan belah kanan tu. Taulah dia tanak cepat tp ape hak dia tuk bazirkan masa org lain semata2 nak lihat diorang bercenkerama kan?? Kadang2 tak paham la. Ni belum lagi citer masa beratur tunggu train tup-tup ade yg menyelit terus ke depan. Aku penah kena dah la potong que then siap ajak membe 2 3 org tuk join.
Tp kadang2 ade gak mende yg aku tersentuh dalam LRT. Aku masih ingat lg dulu aku penah jumpe pemuda cacat penglihatan bernama Nabil yg berjalan tanpa tongkat. Baru balik keje katanya. Bekerja di Wangsa Maju n dlm perjalanan pulan ke Telok Gadong Klang. Pulang seorang diri. Kadang2 jatuh tersadung. takde sape yg membantu. Aku betul2 tersentuh melihat kecekalan dia.
TP yg ni paling terbaru. Baru tadi. Dalam kesesakan dalam LRT. Ditambah lagi hinggarnya dgn dialog tiga sekawan yg berbahasa Uzbek (aku rasal la). Kuat betul diorang ni bersembang. Satu LRT leh dengar. Aku terlihat sepasang couple Cina. Yg perempuannya berbadan agak gempal n tinggi. Dagunya besar n hidungnya tidak mancung. Lelakinya lak, mata buta sebelah, kurus keding dan pendek. Rambut sikat tepi. Org kata kurang betul markah kacak n jelita mereka bedua. Tp pada masa yg sama aku dpt lihat keadaan yg begitu cantik n indah sekali. Mereka tak berkata2 apa antara satu sama lain. Hanya berpegang tangan dan tak henti2 tersenyum. Mungkin 1st date tp tak tau laa kan. Cantik betul scene tu. Betul2 wat aku tersentuh. Biarla mereka tiada rupa scr individu tp bila mereka bersama macam td tu...cantik sekali. Harap mereka kekal sebegitu sepanjang hayat mereka.
So aku akan terus memerhati dunia ini. Selagi mata ini ternyah kekaburan ini. Kerana persekitaran kita ini adalah buku n sekolah. Kita adalah murid dan fikiran n hati adalah guru......

Thursday, December 15, 2005

WAAAARGHHHHHH!!! Weekend yg busuk

Arggghhhhh. Aku lalui weekend yg panjang. Kecewa ngan road trip yg tak jadi. Aku byk luangkan masa bersama Aju, Ajib n Kerol. Bermula dgn kenduri classmate Kerol kt Klang pd ari Sabtu. Dimana Aju tlah bertemu satu "sosok" yg digelar Mama. Ramah betul Aju ari tu. Tp diri tetap direndahkan. Tp bro kadang2 diri tu kene "up" gak. Then waktu2 seterusnya dihabiskan dgn makan mlm kt kedai Abe (pedas betul mi dia). Malam tu aku tido kt "RHB Taman Ehsan".

Pg esoknye aku spt biasa melayang Kerol dgn smgt Pro Gamers dia smpi tgh hari. Then cadang cam nak makan tgh hari. Ajak Aju, Mula2 nak makan kt Segambut jek tp last2 smpai Kg Baru. Lepas makan Aju cadang melawat Kabe n wife. Kabe baru balik picnic ngan membe PHD dia. Tp layanan tetap ok. Air sirap n keropok udang. Ditambah dgn permainan congkak sbg hiburan. Dh boring main congkak. Kitaorang terjerumus pula ke aktiviti Kara-ok. KAbe menunjukkan belangnya (mungkin setelah lama bergari) dgn menyanyi sambil melompat dari sofa. Tak ubah spt lagak seorang vokalis kumpulan glam rock 80an.

Habir mengasah bakat masing2 kotaornag pulang kerumah Aju n aku tertidur smpi kul 10 pm. Lepas makan skali lagi di kedai Abe, kami pulang kerumah masing2. Aku rasa masa tu saat paling busuk aku. Maklum laa baju dua ari tak tukar. Berakhirlah satu weekend yg busuk.

Keesokan arinya (Isnin) Aku telah wangi semula n nak kuar ngan Cik Su Sayang. Nak pegi tgk citer ROCK . So lepas tgk citer ni, boleh laa aku katakan citer ni bervisi tapi tak teliti. Idea citer ni mmg superb, tp ketelitian dia amat mengecewakan sket. Citer nampak kelam kabut, suara kabur n yg paling aku kecewa ialah byk sgt scene miming. Patut Mamat Khalid buat rakaman baru tuk soundtrak citer ni. Baru nampak real. Ni pakai lagu original. Janggal sgt dengarnya. Bayangkan suara Sofi Jikan masa Battle of the Band same cam suare Amy Search then bila masa scene kawin leh lak suare cam suara Nash. Mende2 ni pun kene teliti gak. Tp citer ni dapat merakamkan gak scene2 rock 80an cam, rebus tali gitar n telan telur mentah. Harus juga dipuji. Ending dia juga aku suka. Tak macam kebanyakkan filem melayu kini yg seolah2 cam nak cepat abih jek...

Saturday, December 10, 2005

Cahaya Bulan

Malam ni Aju ajak aku karaok tp oleh kerana tak dpt sambutan, acara tersebut terpaksa ditukar ke acara minum2 kt Hartamas Square. 1st time aku sampai situ. Semuanya disupport oleh Aju, tp aku minum jek sbb dia tak oder makan. Seperti biasa sudah menjadi naluri semulajadi Aju pantang jumpa artis. Kali ini seorang penyanyi remaja menjadi mangsa Aju. Penyanyi itu yg kini telah terjun ke arena lakunan (mmgang watak sbg Mamat dalam subuah filem permotoran yg ade prequel) setelah nasib beliau di arena nyanyian terbantut mungkin kerana slang pantai timurnya. Aju spt sudah kenal lama bertanyakan apa perkembangan terbaru penyanyi tersebut. Gayanya yg seperti wartawan Nas Ahmad membuat penyayi itu tersipu-sipu. Aku pun terkena tempiasnya apabila penyanyi itu menghulur tangan tuk bersalam ngan aku. Itulah penangan Aju. Lepas tu aku kembali sembang ngan Aju sampi kul 1.30 pg. MAcam2 aku sembang ngan dia dari kisah Ustaz Taib smpi laa ke kisah antu (kisah makan daging jgn citer la). Maklum laa aku pun lame tak duk sembang ngan dia. Hp dia pun malam ni 1st time aku tgk. Byk giler badlog aku ngan Aju. Itulah Kawanku, Zuhairi Seorang Juru Audit

Nampaknya road trip yg aku plan ngan Fizi menerima satu kabar buruk. Fizi tak dapat turut serta. Mak dia tak sihat kabarnya. Moga mak ko cepat sembuh yek Fizi. Tp pe yg dirancang mesti diteruskan gak.
=0=

Akhirnya semua akan tiba pada suatu hari yg biasa
pada suatu ketika yg telah lama kita ketahui
apakah kau masih selembut dahulu
memintaku minum susu dan tidur yg lelap
sambil membenarkan letak leher kemejaku
kabut tipis pun turun pelan-pelan di lembah kasih

lembah bandalawangi
kau dan aku tegak berdiri melihat hutan” yg menjadi suram
meresapi belaian angin yg menjadi dingin
apakah kau masih membelaiku semesra dahulu

ketika kudekap, kau dekaplah lebih mesra
lebih dekat
apakah kau kau masih akan berkata

kudengar dekap jantungmu
kita begitu berbeda dalam semua
kecuali dalam cinta

dipetik dari OST GIE

Wednesday, December 07, 2005

Aku Mencari Aku

Sering ku sendiri dalam ramai
Aku dikenali tapi tidak dierti
Mencinta tapi tak dicintai
Jiwaku dalam sayu
Meruntun dalam darah panas melayuku
Tiap yg kucuba buruk belaka
Hodoh hina penuh cerca
Walauku tampal dengan keazaman cekal
Namun yang berbeza akan terus disangkal

Senyumku kian kosong ertinya
Api marah memuncak, marak menggila
Terus menjilat nota-nota warasku
Meleburkan tiang-tiang seorang aku

Aku sekadar boneka tanah
Menunggu tuk kembali ke asalnya
Ramaikanku dalam khalayakmu
Kenalilah erti diriku padamu
Cintailahku yang sudah lama menyinta
Kerna ku tak pinta lama
………

Tuesday, December 06, 2005

Khas Buat yg Tertentu....

ketahuilah.....
telah ku pijak hatiku tuk menjulang namamu
telah ku kambus rasaku tuk memadam senyummu
Haszan Don Husin - 8hb November

Monday, December 05, 2005

Bencinya ari senin!!!


Hari ni hari isnin. Setengah org panggil "monday blues". Hihi tp bagi aku Ari isnin ni mmg maleh sket. Tambah lg pagi td ujan pehhhh. Alangkah indahnya kalau aku cuti. Takpe nx monday aku cuti. Ingat tu Fizi!!!!! serviskan Vios mu yg baru itu. Biar kita "kencing" jln2 kt Malaysia minggu depan.
Pe lg citer2 menarik leh aku citer yek. Smalam aku gi tgk PHSM2 ngan Cik Su tersayang. Hebat citer dia, dah macam citer Misteri Mak Lampir dah. Terobang sane, terobang sini. Fuh giler. Pontianak dia pun pulun gile. Siang2 pun nak mengganas. Part 2 ni agak lebih sket element mistikus dia berbanding part 1. Tp masih ade kelmahan cam jalan citer yg agak meleret sket. Tp still ok n satu filem yg bagus dari segi skrip n jalan citer. Pelakon2 pun kira outstanding gak laa. Maya Karin still the best "hantu" in Malaya. Juliana Banos n Wajah Sutinah pun takleh lawan. Minggu ni citer Rock plak kuar. Aku rasa citer ni cam citer That Thing U Do kot. Rase2nye laa. Aku agak jek. So ramai2 le kita ki panggung. Hidup rock kapak



FRIDAY I'M IN LOVE
by The Cure
I don't care if Monday's blue
Tuesday's grey and Wednesday too
Thursday I don't care about you
It's Friday I'm in love
Monday you can fall apart
Tuesday Wednesday break my heart
Thursday doesn't even start
It's Friday I'm in love
Saturday wait
And Sunday always comes too late
But Friday never hesitate...
I don't care if Mondays black
Tuesday Wednesday heart attack
Thursday never looking back
It's Friday I'm in love
Monday you can hold your head
Tuesday Wednesday stay in bed
Or Thursday watch the walls instead
It's Friday I'm in love
Saturday wait
And Sunday always comes too late
But Friday never hesitate...
Dressed up to the eyes
It's a wonderful surprise
To see your shoes and your spirits rise
Throwing out your frown
And just smiling at the sound
And as sleek as a shriek
Spinning round and round
Always take a big bite
It's such a gorgeous sight
To see you eat in the middle of the night
You can never get enough
Enough of this stuff
It's FridayI'm in love

Saturday, December 03, 2005

Ari in ari sabtu

tak ada jiwa, tak ada rasa
tak ada rasa, tak ada kehidupan
kadang-kadang 'frust' beb..........
RAMLI SARIP - BLUES BEE