Tuesday, May 30, 2006

Sudah...............

Alop...Aku skarang dah jarang2 post penulisan aku. Maklumlaa big day dah nak dekat. PC plak dah ubah masuk bilik adik aku so boring laa sket. Neway hidup aku camtu gak laa. Last weekend pegi kursus. Lame gak rupanya kursus kawin ni yek. Ahad ari tu kul 8 pagi smpi 8 mlm. Kematu bump aku. Aku ari tu dgr ade satu band indon Nidji kt CBB. Orait gak laa. Ade feel Brit Rock sket. Kira ala2 Coldplay laa (Aduh Coldplay nape ko pi Spore je). So pada bakal2 Nidjiholiks...ini adalah lirik lagu sudah. Aku suka banget lagu ni. Lirik pun best cam ade kene tang sipi jek.............

SUDAH
nidji
Salahkah aku
Mencintaimu
Memilikimu
Menyayangimu

Jangan paksakan kita untuk
Slalu bersama
Jangan paksakan kita untuk
Slalu mencinta
Salahkah aku
Mencintaimu
Memilikimu
Menyayangimu
Bila kita harus berpisah,sudah
Biarkan ini semua berakhir, sudah
Cinta memang tak harus milikki

Sunday, May 21, 2006

Hati, Jiwa, Raga dan Minda

Oh hati. Kenapa kau kian meresahkan ragaku. Lalu terus mengelocak jiwaku yg rapuh. Agar mindaku tidak lagi lurus. Mungkin raga ini sudah mula malas megerjakan rukunNYA. Atau sebenarnya hati ini yg mengada-ngada. Ragaku ini tidak lagi mempunyai pilihan. Selain melompat bila disuruh dan tunduk pabila di marah. Kerana apa? Kerana ini adalah aku adanya. Minda ini sudah tak tahan lagi untuk ditekan. Kalau dulu bolehlah aku biarkan sahaja. Tapi kini hati ini sudah terikat dan aku sudah tak dapat meleraikan simpulannya. Mahu saja ku gunting saja tali yg membelengu ini tp itu bukan cara aku. Aku adalah manusia "biarlah", manusia "ok je", manusia "takpelah".
Oh minda, kenapa kau gagal mengawal sume ini, biarkan raga ini terus hanyut dibawa arus "kau kene buat macam tu". Perlukah aku merenanginya kembali dan menongkah arus? Mungkin tidak sebab nati lagi banyak hati yg akan terguris dan hancur kerana rempuhan aku. Hati aku juga akan hancur pabila merempuh. Aku takut dan aku memang penakut. Takut untuk menyatakan minda aku gagal, hati aku kini kosong, raga ini sudah tak dapat dikawal dan jiwa terus ditekan.
Aku benci pada diri aku. Aku benci pada dirimu, aku benci pada diri mereka semua aku benci pada dunia ini. Kenapa dunia ini sudah tiada kemanusiaannya? Sebab sudah tiada manusia yg hidup dalamnya, Cuma yg tinggal hanya "orang". Aku ingin kembali seperti dulu. Dimana aku hanya hidup untuk aku. Mereka disekeliling hanya menggunakan aku. Atas nama kebaikan dan kebahagian katanya. Kononnya untuk aku. Aku bukan lagi kanak2. Kenapa kenyataan itu pahit pada mereka. Biarkan aku sendiri. Kerana aku sudah tidak mampu lagi. Erti kehidupan ini akan terus gagal diselami, selagi hati ini tidak menyuci..............................

Tuesday, May 16, 2006

Kau..........

Kau Lukakan Kembali Hatiku Yg Kian Sembuh
Kau Patahkan Kembali Semangatku Yg Mula Tumbuh
Fikiranku Kian Keruh
Hatiku Kian Teduh
Aku Sudah Tidak Dapat Mencari Paruh
Untukku Tongkatkan Sayap2 Yg Labuh

Monday, May 01, 2006

Selamat Hari Buruh

Hari ini 1 Mei 2006 bersamaan Hari Pekerja atau Hari Buruh. Satu hari yang meraikan semua tenaga2 pekerja walaupun masih ada pekerja2 kilang, abg2 polis dan jugai tentera yg masih bertugas hari ni. Bagi polis ngan tentera sbb mereka masih ade hari polis dan tentera. Keadaan aku kini makin parah. AKu rasa diri aku makin sunyi. Takde tempat nak mengadu. Mungkin sbb aku terpaksa melakukan rutin kehidupan yg sama setiap hari. Aku rasakan ada something dalam diri aku yg ingin aku lepaskan tapi tak boleh.

Aku rasakan kini aku tidak lagi hidup seperti dulu. Hidup aku dah takde pilihan. Terus terang aku cakap skarang ni aku dah makin bosan dgn hari esok. Tak seperti dulu dimana tiap hari mendatang akan kunanti penuh azam. Begitu juga kt opis. Peduli la bos aku tu nak menyalak macam mana pun aku peduli ape. Semangat aku dah hancur. Aku rasa aku takleh terus hidup camni. Aku harus lari tinggalkan semua ini. Semua org kata sayang kt aku tapi heh sayang taik kucing. Sume ade kepentingan sendiri. Tak pernah tulus. Buat mende katenye sbb aku tap sebenarnya ade udang disebalik batu. Tujuan mereka kengkadang tidak lagi fokus kepada aku.

Ahhh.. pegi mamp pade sume tu. Yang aku tau, hidup aku kini hanya untuk aku dan aku berdoa agar aku terus hidup bersama aku. Aku dan tak larat nak menjaga hati org yg tak pernah nak hidup tuk aku. Mungkun aku ni last choice untuk diorang kot. Tanak masyarakt mengata so jadi laaa. Pernah diorang dengar ape aku nak kata?Ttak pernah. Tapi nape orang lain ok jek. Sebab aku bodoh. Muka lak buruk. On top of all reject list. Mungkin aku ni menyemakkan dunia jek so aku tak berniat nak mengambil sape2 lagi untuk turut same menyemak dunia ni. Biarla aku sorang. Mungkin bila aku menghilang atau memberontak baru diorang akan take note kot. Entahlaaa. Loser betul aku ni. Mungkin lepas ni ade org kate sebaliknya tapi biarkan mereka...persetankan sume. Stakat nak cakap sume org boleh tp cuba pakaii kasut aku. Korang memsti tak larat punya..Sekian hasta luego

Bila kau mencinta lafazkanlah agar dia tahu, bila kau membenci diamkan saja kerana dunia ini sudah penuh dgn kebencian