Wednesday, April 26, 2006

Kenapa Aku Sayang Kamu

Kenapa aku sayang kamu ?
Kau adalah bayu-bayu lembut
Yg menyapu telapak kakiku
Mengangkatku ke tingkat yg lebih sempurna

Kenapa aku sayang kamu ?
Kerna tiap detik ini kurasakan syurga abadi
Turunmu mu umpama bidadari
Memukau mata mengkelukan hati

Kenapa aku sayang kamu ?
Kerna kau sentiasa berada dijalan takdir ini
Menepuk menyorak sambil menyanyi
Agar aku tidak tercicir dan sunyi

Kenapa aku sayang kamu ?
Kerna hati ini sudah tak dapat mencari
Insan terindah tersohor lagi
Hanya kau kuletak pada takat tertinggi

Kenapa aku sayang kamu ?
Kerna hanya kau untuk diri ini
Yg tetap berada disisi
Dan melengkapkan segenap segi
Diri yang hina ini


SELAMAT HARI JADI SAYANG............

Wednesday, April 12, 2006

Sang Halimun

Berkata dia walau tak di dengar
Menanti dia walau tak ditunggu
Menyapa dia walau tak penah bahagia
Senyum menjadi perisai melindung laranya
Tawanya palsu semata untuk perhatian
Namun tiada siapa pernah menduga ujudnya dia
Kerna dia hanyalah Sang Halimun....makhluk hina

Berjalan sering mendongak ke langgit
Agar tangis tak bisa jatuh
Hatinya sunyi tak pernah bersambut
Jiwanya parah tak penah diambil tahu
Berlalu insan menghembus debu
Memijak dirinya terus berlalu
Kerana dia hanyalah Sang Halimun....makluk lara

Tiap petang dia akan mendaki bukit-bukit ini
Kerna pada dia sudah tiada siapa menanti
Merenung mentari yang kian mati
Menanti esok bila ia hidup kembali
Kenapa perlu mengikut kata orang
Orang yang tak pernah sedar ujudnya dia
Mungkin mereka itu tinggi diamnya
Harta diikat di dada mati
Tetapi dia.................
Hanyalah Sang Halimun....makluk tiada siapa peduli


Taip tangisku adalah raja. Memeintah lakuku untuk bertindak.....aku dambakan selamat malammu

Sunday, April 09, 2006

Rapuh

Hati ini rapuh
Patahnya akan menggugurkan serpihan cinta yg tak ditadah
Membiarkan aku kelu tak bermadah
Menangis bila menghiris
Apakan lagi bila terhiris
Puas menggapai pada yg tak tercapai
Namun yg mendamba akan terus dibelai

Hati ini rapuh
Luka kecil bisa menjadi barah
Cinta ini bisa menjadi bahagia
Mendambakan selamat malam mu dalam terbitnya mentari
Walau sinar itu tak bisa dimiliki
Tiap gerimu adalah indah.............

segala perancangan kita kadang2 tak sentiasa melalui jalan yg kita mahukan kerana jalan ini milik Allah. Kasihlah pada org disekelilingmu bila dijalan ini. Moga hidup aku, kau, dia dan mereka semua akan bahagia

Friday, April 07, 2006

Hari Minggu yg Penat


Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Biasalaa sibuk menyibuk je aku ni. Weekend lepas masa aku terisi gak laa selepas dua minggu berturut2 balik kg jek. Hari jumaat lepas aku ngan beberapa kuncu RHB yg lain telah bertolk ke Pengkalan Balak Melaka tuk menikmati makanan laut ditepi pantai. Pegi tiga kete. Aku naik ngan Wan Sab dan Epul Tam. Mmg all the way kitaorang bergelak ketawa jek. Macam2 lawak kuar sambil berkaraok lagu Radja. Hihi.
Lepas makan kitaorang bersantai di pantai PD sampai pagi. Aku tak tido. Begitu juga ngan Cik Din yg hyper dan pembesar suara dia makin menjadi2 bila tak tido. Sok paginya bila balik umah aku flat dan tido sampai malam.
Esoknya adalah acara kemuncaknya dimana aku kuar ngan Cik Su sayang pegi shoping beli barang hantaran. Aktiviti yg paling buat aku teruja ialah masa beli sandel aku. Dpt sandel Renoma. Best gile rase cam nak pakai terus. hihi. Ari tu byk tempak aku pi dari Semua Hse ke Sogo ke Harisson ke Alinas ke Pertama ke kota damansara ke SACC mall. Fuh penat gile tapi seronok gile. Pasal penat aku tak kisah sbb esoknya aku cuti yahooooooooooo. Ok laa smpi sini dulu. Hasta Luego....Aku damba selamat malammu.