Wednesday, November 30, 2005

Dah Terjaga Takleh Tido Lak


Ermm tadi sedap2 tido then terjaga lak. Takleh tido. Maybe teringatkan seseorang hihihi. Aku cuba try2 main game F.E.A.R yg aku baru beli ari tu ngan Fizi ( alo bro..vios lu mmg best laaa) . Alamak seram laa plak. Dah laa aku dok sorang2. Abish satu mision save n tutup. Then aku masuk blog laa. Nak tgk gambar "si dia". Mybe dia tgh tido maklumlaa baru balik dr kg. Kesian dia. Aku pun tak sangka aku dah sampi tahap ni dlm relationship aku. Tp rasa best gak "feeling". Harap ia berkekalan sampi aku bercucu cicit ngan "si dia". By the way utk pengetahuan kawan2. Nama tunang aku ni Suhaida Bte Omar. Panggil su jek tp jgn terkonfuse dgn Puan Su . Nanti marah lak Joi. Neway Puan Su thanks 4 the compliment.

Heh tak ngantuk dah aku ni. Camno yek. tertanya gak aku Malaysia menang bape emas ari ni kt Manila. Smalam dah start hampeh. Tp aku rasa smalam M'sia Leh menang byk lg emas. Tp nak wat camnekan!! Acara terjun tu subjektif so mmg dah jd tradisi Sukan Sea yg tuan rumah akan bolot. Kadang2 aku tgk Sukan Sea ni dah jadi cam temasya sukan syok sendiri. Dulu kat Hanoi kita dah dpt tgk sukan sepak bulu ayam dan beberapa lagi sukan yg ntah hape2 ntah. Kali ni kt Manila catur, sukan menari n lumba perahu tradisional lak dipertandingkan. Macam2 kan?? Sukan hoki padang tak dipertandingkan. Sukan yg konsisten berada dlm sukan olimpik tidak diadakan. Mungkin tuan rumah rasa cam diorang takleh nak menang n M'sia lak cam tak terkalah dalam sukan ni so digugurkan. Persoalannya mane element pembangunan sukan yg aku rasa lagi penting. Aku bukan hanya katakan Filipina, tp negara tuan rumah yg lain termasuk M'sia pun sebegini. Sume nak jadi tuan rumah sbb nak jadi tuan rumah keseluruhan. Itula jdnya bila dari kecil kita terlalu ditekankan bahawa yg menang itu hebat n yg kalah itu lemah. Tapi kita sudah hampir terlupa semangat juang dan setiakawan tu leh membuat semua org tu pemenang...........

Tuesday, November 29, 2005

Biar Cinta Menyatukan Kita


coba kau dengar satu pintaku
ingin sentuh hatimu dengan kasihku
misteri yg selalu
tak terungkap tentang dirimu

sesaat saja beri waktumu
untuk kita lalui juga resapi
segala yg indah
pantas tuk dikenang rasa ini

jalani saja,
lakukan saja
kita kan mampu melaluinya

biarkan saja cinta menyatukan kita
kan ku jaga seharum nafasnya
jangan sampai tergoreskan luka
tuntunkanlah hingga akhir kita

berikan waktu untuk

kubuktikan tutur kata
segala yg terjadi
bertutur cerita bahagia

Saturday, November 26, 2005


Ni lee.Buah tangan hantaran tuk majlis aku. MAk aku tgh pegi kedai. Mende lagi yg dia nak modified lagi. Bakul kosong tu nak gi isi buah. Ade dlm peti ais tu. Nanti aku post yg terkini punye. Doakan aku bahgia...... Posted by Picasa

Thursday, November 24, 2005

Malam ini....................


DARJATKAN CINTA

Cinta itu hanya cantik kerana adanya mata
Namun cantik itu bisa luntur dan mata itu bisa kabur
Cinta itu berharga kerana adanya materi
Namum harga itu bisa lupus dan materi terus lebur
Cinta itu harum kerana adanya rasa
Namun harum itu bisa pudar dan rasa itu bisa tiada
Cinta itu tinggi kerna adanya darjat
Namum tinggi itu bisa rebah dan darjat itu bisa lelah
Cinta itu suci kerana adanya sejati
Suci itu akan ke mati dan sejati itu tetap di hati

Mengapa terdarjat sucinya cinta
Ada kalanya darjat itu juga bisa mencinta
Zaman berlalu ianya tetap ada
Walau sekecil hama..walau seluas semasta
Selagi emosi melingkari insani
Selagi sangsi terus menyelimuti
Selagi hati tidak pernah menyuci
Hipokrasi menjadi bumbu yang mesti
Merencah hidup umat2 nabi

Selamanyalah kita akan terus ….DARJATKAN CINTA

Monday, November 21, 2005

Cetusan rasa minda yang tak tahu

Erm...byk mende aku nak cakap kan ni. biasa laa golongan belia. byk mende yg tak puas ati. asyik rasa tertindas jek. padahal kt negara lain lg teruk. biasa laa negara kita ni. byk mende yg perlu diperbaiki, dari sukan ke hiburan dan ke kepimpinan. Ade aku terbaca artikel dlm The Star dulu yg mengatakan negara kita umpama sebuah PC yg hardwarenye padu tp softwarenye hampeh. Mungkin betul pendapat writer tu tp aku rasa tak 100% kot. Kita tgk je laa Stadium Nasional Bkt Jalil. Macam2 ada!!!!. Hi tech sane, Hi tech sini tp maintenance hancur. Aku ingat lagi masa game Brazil vs M'sia tahun 2002 dulu. Dah macam bola sepak pantai jadinye. Susah sgt ke nak jaga padang ni? Tp skarang ni padang dia dah upgrade. Bejuta gak laa habih duit. Harap kalini jage laa padang tu elok2. Pd team bola sukan sea negara good luck in Manila. U guys need it. hihihhi.

Tp aku rasa negara kita n masyarkat dia mmg dlm process improving laaa. bole laa nampak sket2. Kepimpinan negara pun aku rasa ok. Mungkin negara kita ni masih muda. Bukan senang nak tadbir negara. Betul tak Pak Lah?? Kita yg muda belia ni jgn asyik cakap jek. Kita pun kene improve diri kita gak. Jgn tetiba jek TEBABOM!! nak hentam jek. Aku pun kadang2 2x5 gak. biasalaa belia darah panas. Aku rasa ramai kt luar sane org2 cam aku, memerhati dari atas pagar. Itu cara aku, untuk agama, nusa dan bangsa gak. Aku rasa "orang kita" ni tujuan diorang berjuang same jek, agama, nusa dan bangsa gak. yg mebezakannya cara diorang jek. Jadi cara tu laa yg kadang2 buat diorang menyimpang, hanyut dan korup. Itu pendapat aku je laa. Aku pun bukan pandai sgt pun.

Ok cukup cite tu. Aku nak sembang lain lak. Td aku gi OU. lalu gak kt cinema. tgk2 poster. Minggu ni PHSM2 kuar. Rase cam nak pegi tgk tp mybe nx week laa. Weekend in bz sket hihihi.
Baik punya cilok pun nak kuar dh. Ni pun salah satu citer melayu yg aku nak tgk. Poster pun nampak gempak. Aku mmg suke tgk citer afdlin shauki. mmg lawak dia ada di kelas yg tersendiri dlm lingkungan lawak berbahasa melayu ni. (cayalah!!!!!). Citer pasal poster ni lak aku ade kt dlm simpanan aku poster Matinya Seorang Patriot. Tp dlm pc je laaa. takdelaa yg betul2. Saje je letak. Nak meniup semangat Hj Sya'ban kedalam pengiat2 n penonton negara kita ni............

Bersambung lagi


Hah dah mandi dok balik depan pc. biasalaa baru lagi thg xcited. hati tgh teruja. then mood pun tgh baik. Minggu depan aku akan melangkh stapak lg dlm relationship aku. Yup aku akn bertunang. Kadang2 takut gak. maklumlaa ni langkah yg besar gak. Lg satu tahun depan world cup kan. NAsib aku ikat smpai bulan lapan. Mak aku nak bulan 4 aku cakap " no way mak, biar world cup abis dulu". hihi jd dia ikut aje laaa. Ramai gak org terkejut aku nak bertunang ni. nak wat camnekan. dah ade org sayang. so ikut aje laaa. Aku ade lunch ngan membe2 uni aku ari ni. saje nak jumpe2. so adios aku berambus

Mengalu-alukan kata

Salam

Ari ni aku boring takde nak wat ape. Pegi keje maleh so amik mc. Klau bos aku bace ni mesti dia kate "amik gaji ko n Scram u". hihi. Ni kira 1st time aku nak mencuba berada dlm komuniti cyber space ni mane laa tau fasha ke, nasha ke or paling busuk pun rosnah terbace n syok kt aku. mane laa tau. ari kt luar mendung2 cam nak ujan. layan gak sambil2 dgr lagu "divo" kegemaran aku. sape lg klau bukan ramli sarip ( wa caya sama lu beb!!!). aku rase smpi sini dulu sbb badan aku ni lum kene air lg so..nanti sambung. bye

Inspirasi itu hati